Thursday, April 29, 2010

Windows 8 2012??



Pengeluaran windows 7 pada 22 oktober yang lalu masih lagi hangat untuk kita semua,namun samada kita tahu ataupun tidak pembangunan sistem operasi selepas windows 7 iaitu windows 8 dikatakan bakal direalisasikan pada akhir 2011 ataupun awal tahun 2012…Bukan itu sahaja,Windows Server 8 dijangkakan akan turut direalisasikan.

Walaupun berita mengenai windows 8 buat masa kini masih belum banyak boleh diperkatakan namun terdapat beberapa info mengenai windows 8 ini :

• Windows 8 akan menyokong 32,64 dan kemungkinan 128-bit.
• Fungsi Hibernate dan resume pada windows 8 akan mempunyai enjin baru.
• Windows 8 akan mempunyai sistem rangkaian yang baru.
• Windows 8 akan mempunyai sokongan lebih baik untuk multimonitor.
• Steven Sinofsky,presiden dari Windows bertanggungjawab dalam pembangunan
windows 8 ini.

Jika Windows 7 dikatakan lebih baik daripada Windows Vista,Nampaknya Microsoft perlu menjadikan Windows 8 lebih baik dari Windows 7.Sama-sama kita menunggu berita mengenai Windows 8 ini.

Sumber:cekapkomputer

No comments:

Post a Comment