Thursday, January 27, 2011

School Broadband Program

salam

Bagi mengatasi masalah ketiadaan talian internet di sekolah, pihak Telekom Malaysia telah mewujudkan satu program yang dinamakan School Broadband programme. Program ini membolehkan sekolah-sekolah mengakses internet dalam masa INTERIM bermula 1 Feb 2011 hingga diberitahu kelak. sila muaturun untuk mengetahuhi program ini dengan lebih lanjut.

wasalam

download tawaran Schoolnet Broadband

Monday, January 10, 2011

key kaspersky

salam

key ini adalah untuk kaspersky 6.0 KPM.

wsalam

* kredit to ftjohor member
* download 06650A66.key

Thursday, January 6, 2011

Talian Schoolnet

MAKLUMAN - PERKHIDMATAN RANGKAIAN INTERNET ( SCHOOLNET ) DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR.

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman semua, pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor sedang berbincang bersama penyedia perkhidmatan internet (ISP) iaitu Telekom Malaysia Berhad dan Syarikat Goverment Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) berkaitan penawaran pekej jalur lebar khas untuk kegunaan pihak sekolah. Antara kandungan pakej jalur lebar yang ditawarkan ialah keselamatan rangkaian, data, antivirus, proses penapisan kandungan di pintu masuk (gateway), pertambahan kelajuan dan sebagainya.

3. Sehubungan itu, pihak JPN Johor memohon kerjasama semua sekolah Negeri Johor membuat penanguhan sementara untuk mendaftar mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) untuk kegunaan talian internet di sekolah. Beberapa syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) akan mengadakan penerangan ke setiap daerah berkaitan tawaran pakej khas untuk semua sekolah.

4. Buat masa ini, perkhidmatan talian schoolnet belum ditamatkan dan perbekalan dilanjutkan sementara dalam tempoh dua minggu pertama bulan Januari 2011. Garis panduan pemasangan talian internet seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak KPM.

5. Sebarang permasalahan atau pertanyaan, sila rujuk pegawai kami iaitu En. Adharizam Bin Adanan di talian 07-2332237 atau berhubung dengan Penolong PPD (Teknologi dan Maklumat) di Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Segala kerjasama pihak tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.


sumber: http://www.johordt.gov.my/ppdmersing/