salam all,
post kali ini adalah berkaitan virus sality. virus ini akan menyebabkan antivirus tidak dapat berfungsi sepenuhnya. juga akan menyebabkan sistem komputer kita mengalami gangguan yg teruk. Berikut adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah ini
1- menggunakan sality remover. download dari website kaspersky
klik untuk download.
harap berhasil..
jtk mersing
Wednesday, March 14, 2012
Friday, December 23, 2011
Pengurusan Pelayan (Server)
Komputer pelayan atau server memerlukan pengurusan yang melebihi keperluan pengurusan komputer peribadi atau stesen kerja yang biasa. Adakalanya, pengurusan server diambil ringan, sedangkan jumlah server saban tahun semakin meningkat. Terdapat juga keadaan yang mana pengurusan server agak terabai, disebabkan oleh ketiadaan tenaga pakar untuk menguruskannya. Ini boleh berlaku disebabkan oleh kewujudan pelbagai jenis saiz, jenama dan platform server yang perlu dikendalikan sedangkan pengurus atau pentadbir server yang bertanggungjawab hanya mahir mengendalikan server daripada jenis, model dan platform tertentu sahaja.
Senario di atas menunjukkan bahawa, server memerlukan penjagaan daripada mereka yang ada pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam pengurusan server. Mereka inilah yang akan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan (maintenance) disepanjang jangka hayat server tersebut. Sama ada kerja-kerja ini dilakukan sendiri ataupun melalui khidmat kontraktor luar, penyelenggaraan secara berkala telah menjadi sebahagian daripada kerja pengurusan server. Lazimnya, kerja-kerja penyelenggaraan akan meliputi pemeriksaan pada perkakasan dan juga perisian. Kerja-kerja penyelenggaraan ini akan memastikan keadaan server sentiasa berada pada tahap terbaik untuk beroperasi. Hal ini sangat penting kerana keperluan pengoperasian server biasanya tidak terhad dalam waktu kerja pejabat sahaja tetapi menjangkau 24 jam sehari selama setahun tanpa henti, kecuali untuk penyelenggaraan yang membabitkan downtime yang terkawal.
Fungsi Server
Server wujud kerana menjalankan fungsi tertentu dalam infrastruktur rangkaian organisasi. Tanpa mengira saiz rangkaian, setiap server boleh menjalankan lebih daripada satu fungsi. Fungsi tersebut dipasang (installed) pada server dan diaktifkan mengikut keperluan. Oleh sebab itulah, panggilan kepada server selalu dirujuk mengikut fungsinya sebagai contoh, web server, mail server, file server, backup server dan lain-lain lagi.
Dalam sistem rangkaian organisasi, sesuatu fungsi server dikongsi atau digunakan secara bersama oleh banyak komputer lain yang dipanggil sebagai komputer klien. Bagi sebuah organisasi yang besar yang mempunyai bilangan klien yang banyak, sudah tentulah keperluan terhadap fungsi-fungsi tertentu juga banyak. Dalam keadaan ini, lebih banyak server akan disediakan untuk menampung keperluan tersebut. Sebagai contoh, jika wujud keperluan untuk menyimpan data dan fail dalam ruang storan yang lain secara berpusat maka, file server akan diwujudkan. Semua komputer klien kemudiannya akan dihubungkan dengan file server tersebut untuk membolehkan capaian keatas data dan fail yang diperlukan.
Terdapat juga keadaan iaitu server diwujudkan bagi mencapai objektif pengurusan. Misalnya, apabila syarikat menjadi bertambah besar dan komputer klien semakin bertambah, sumber-sumber dalam rangkaian menjadi terhad. Pencetak adalah contoh sumber yang paling mudah. Pelbagai jenis pencetak yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza boleh diurus secara berpusat bagi memudahkan pencarian apabila perlu digunakan. Jika wujud keperluan sedemikian, perkhidmatan direktori rangkaian seperti Microsoft Windows Active Directory boleh dibangunkan. Maka, Active Directory Server boleh dipasang dalam infrastruktur rangkaian syarikat tersebut.
Gangguan Fungsi Server

Apabila jumlah komputer klien bertambah banyak, fungsi server sebenarnya akan menjadi bertambah penting. Dalam persekitaran seperti ini, sebarang masalah teknikal yang mengganggu pengoperasian server akan memberi kesan keatas availability atau kewujudan server. Oleh kerana server adalah ’pelayan’ bagi komputer klien, gangguan availability perlu diminimumkan biarpun gangguan tersebut merupakan gangguan daripada penyelenggaraan berjadual (schedule maintenance). Ini adalah kerana jika gangguan berada pada tahap yang serius, ia akan mengakibatkan perkhidmatan tergendala. Hal seumpama ini kadang-kadang dapat dilihat berlaku di kaunter-kaunter jabatan kerajaan yang menggunakan sistem atau aplikasi tertentu seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kaunter-kaunter perkhidmatan kepada orang awam seperti Pos Malaysia serta perkhidmatan perbankan online juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah yang sama. Ini boleh menjejaskan reputasi perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak penyedia perkhidmatan.

Gangguan availability mungkin dapat diterima oleh pengguna perkhidmatan jika berpunca daripada gangguan diluar kawalan manusia. Namun demikian, bagaimana jika perkara ini disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian petugas penyedia perkhidmatan dalam menguruskan server yang terlibat? Apakah tidak ada sebarang mekanisme digunakan yang dapat memberi amaran awal terhadap masalah yang akan berlaku? Bagaimana insiden seperti ini dikawal agar tidak berlarutan dalam tempoh masa yang lama? Ini adalah antara soalan-soalan yang perlu dijawab oleh pihak pengurusan penyedia perkhidmatan.
Pemantauan Fungsi Server
Pemantauan server adalah sebahagian daripada tugas pengurusan server yang amat penting terutama bagi organisasi yang operasinya membabitkan urusan dengan orang ramai ataupun urusniaga dalam perniagaan. Dengan pemantauan server yang baik, gangguan keatas perkhidmatan dapat diminimumkan dan sekaligus meningkatkan uptime.
Pemantauan fungsi server yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada peranan server. Misalnya, bagi sebuah Web server yang mendapat hits yang tinggi atau memproses input daripada ribuan atau mungkin jutaan pengguna sehari, pemantauan server adalah penting daripada aspek bandwidth dan logs. Pemantauan bandwidth adalah bagi memantau trafik yang dikendalikan oleh server menerusi aktiviti akses seperti baca dan tulis (read and write) ke atas server. Ini penting kerana Web Server mempunyai had dalam mengendalikan bandwidth. Apabila berlaku bandwidth yang terlampau tinggi pada masa-masa tertentu, ia boleh mengakibatkan kelembapan pengoperasian server.
Sementara itu, pengurus IT juga boleh memantau pelbagai jenis log yang dijanakan oleh server. Dalam keadaan bandwidth yang tinggi, pengurus IT boleh menyemak security log untuk memastikan bahawa tiada unsur-unsur serangan denial of service (DoS) iaitu percubaan untuk menghentikan fungsi-fungsi server yang penting daripada diakses oleh pengguna.
Selain daripada yang telah diterangkan di atas, terdapat banyak lagi fungsi server yang boleh dipantau bagi memastikan kelangsungan pengoperasian server. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis server maka, fungsi-fungsi tersebut adalah unik bagi setiap jenis server dan berbeza-beza tahap kritikalitinya. Bergantunglah kepada peraturan atau polisi organisasi sama ada fungsi-fungsi tersebut perlu dipantau atau sebaliknya.
Pengurusan Server di Pusat Data
Pusat data (data center) atau juga dikenali sebagai server farm adalah satu fasiliti yang menempatkan sistem komputer dan komponen-komponennya, termasuklah peralatan atau aksesori rangkaian dan juga sistem storan. Dalam pengurusan server di jabatan-jabatan kerajaan, sebuah pusat data boleh menempatkan server dari pelbagai jabatan di bawah sesuatu kementerian. Begitu juga di universiti awam, sebuah pusat data mungkin menempatkan server daripada fakulti-fakulti yang berlainan. Pada masa kini, server milik organisasi atau syarikat boleh ditempatkan di beberapa pusat data yang berbeza lokasi bagi menampung keperluan operasi. Server juga mungkin terdiri daripada jenis yang berbeza-beza dari segi jenama, model dan sistem pengoperasiannya. Keadaan ini menjadikan kerja pengurusan server menjadi bertambah kompleks.
Bagi menguruskan server yang banyak, yang berada di pelbagai lokasi geografi yang berbeza, pengurusan server secara manual adalah kurang sesuai malah tidak cekap. Sebaiknya, pengurus IT menggunakan perisian pengurusan server yang sesuai yang dapat memenuhi keperluan pengurusan dan pengoperasian server mereka.
Perisian pengurusan server adalah perisian yang membolehkan server dalam bilangan yang banyak diurus dan ditadbir dengan lebih mudah dan cekap. Jika sebuah pusat data mengendalikan server berjumlah 10 unit ke atas, penggunaan perisian pengurusan server adalah sesuai dan perlu dipertimbangkan.
Dengan perisian ini, pengurus IT yang bertanggungjawab mengurus pusat data akan dapat melaksanakan tugas-tugasnya dengan lebih efisyen. Pelbagai maklumat yang berkaitan dengan status komputer-komputer server di pusat data yang diuruskan dapat dilihat menerusi satu skrin. Ini termasuklah senarai server, amaran-amaran awal mengenai status server yang dipantau secara real-time, laporan mengenai prestasi server dalam pelbagai format dan maklumat aset/inventori bagi sistem.
Daripada maklumat yang dipaparkan itu, pengurus IT boleh membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan pengurusan server di pusat data tersebut. Ini termasuklah keputusan untuk membuat kerja naik-taraf perkakasan dan perisian, penyelenggaraan, troubleshooting sehinggalah kepada meminta bantuan pihak vendor untuk mengendalikan sesuatu insiden IT.
Thursday, July 14, 2011
Borang Kaji Selidik. PENTING!
SALINAN SURAT
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
/ Salam Sejahtera
Tuan/ Puan yang dihormati,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang mengadakan kajian bagi menambahbaik skim perkhidmatan Juruteknik Komputer. Oleh yang demikian, jasa baik tuan/puan selaku Juruteknik Komputer (FT17/ FT22/ FT26) adalah dipohon untuk menjawab satu soal selidik khas sebelum 18 Julai 2011. Untuk makluman tuan/puan, segala jawapan/ maklumat yang diberikan adalah sulit dan dijamin tidak memberi rujukan kepada siapa anda. Sila klik pautan ini untuk memulakan soal selidikatau copy-paste link di bawah:
3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai soal selidik ini, tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 03-88878627 atau emel:syahmi.yusop@jpa.gov.my. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan soal selidik ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
SYAHMI BIN YUSOP
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA
Saya yang menurut perintah,
SYAHMI BIN YUSOP
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA
SYAHMI YUSOP
Unit Kepimpinan Strategik
Sektor Kepimpinan Gunasama
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88878627
Faks: 03-88810155
Email : syahmi.yusop@jpa.gov.my
Subscribe to:
Posts (Atom)