Friday, April 16, 2010

Mengenali bunyi "beep" pada pc anda

salam

Ada beberapa jenis ‘beep’ pada komputer yang sering sekali kita dengar, antaranya adalah :
  1. Bunyi ‘beep’ pendek 1 kali, memberitahu bahawa komputer anda telah berjayal melakukan dan menghidupkan semua komponen yang diperlukan untuk proses boot-up komputer. Jika bunyi ini yang terdengar tetapi PC anda tidak juga menyala, cuba anda cek kabel VGA anda, apakah sudah terpasang dengan betul atau tidak, atau cuba cek monitor anda, apakah monitor anda sudah berfungsi dengan baik atau tidak. Sebaliknya, jika komputer berjaya menyala tetapi tidak ada suara ‘beep’ sebelumnya…cuba anda cek internal speaker pada motherboard anda, atau cek motherboard.
  2. Bunyi ‘beep’ pendek 2 kali, artinya ada masalah pada konfigurasi atau seting pada CMOS.
  3. Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 1 kali, artinya ada masalah pada cakera keras Motherboard atau Memory anda, cuba cek ulang apakah kedua perangkat tersebut masih bisa berfungsi/terpasang dengan baik atau tidak.
  4. Bunyi beep panjang 1 kali dan pendek 2 kali, artinya ada masalah pada monitor atau VGA Card.
  5. Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 3 kali, artinya ada masalah pada Keyboard, cuba cek keyboard anda, atau cuba cek sambungan kabel dari keyboard yang biasanya dipasang ke port serial, ps2, ataupun usb.
  6. Bunyi ‘beep’ panjang 1 kali dan pendek 9 kali,bermaksud ada masalah pada ROM BIOS.
  7. Bunyi ‘beep’ panjang terus-menerus, bermaksud ada masalah di DRAM.
  8. Bunyi ‘beep’ pendek terus-menerus, bermaksud ada masalah pada power supply.
  9. Pada beberapa merk Motherboard akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ beberapa kali apabila temperatur processornya terlalu tinggi (panas).

Catatan : kode bunyi beep diatas berlaku pada AWARD BIOS, untuk jenis BIOS yang lain kemungkinan memiliki kode bunyi beep yang berbeza.


wsalam


harap-harap dapat membantu..

No comments:

Post a Comment