Wednesday, January 27, 2010

Laporan Kerosakan Makmal Komputer

TINDAKAN SEGERA SECARA ONLINE, SEBELUM 02.00 PTG, 29 JAN 2010. LAPORAN KEROSAKAN PERALATAN ICT UNTUK PENYELENGGARAAN 2010 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
Tindakan :Guru Besar / Pengetua / Guru ICT / Juruteknik FT17 / Fasi-Schoolnet
Tarikh:27-01-2010
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar dipohon untuk melaporkan maklumat kerosakan peralatan ICT di sekolah masing-masing.

3. Pelaporan maklumat perlu dibuat secara ONLINE dibuat melalui portal JPN Johor di capaian ikon e-LKPict menggunakan kata laluan kod sekolah. Pelaporan ini mesti diselesaikan sebelum 29 Januari 2010 ini pukul 2.00 petang. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila kemukakan kepada pegawai kami di talian 07 - 233 2237 atau emel adharizam.adanan@moe.gov.my.

4. Turut dilampirkan di sini surat dari Bahagian Teknologi Pendidikan No. rujukan KP (BTP SIR) 8814/1/2 Jld 4 (86) bertarikh Januari 2010 berkaitan mengenai perkara yang sama.

Segala kerjasama tuan/puan, diucapkan ribuan terima kasih. Sekian.

sila ke pautan di bawah untuk tindakan selanjutnya.

http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/aplikasi/makmal/index.php

Lampiran_A_KPM.pdf




No comments:

Post a Comment