Wednesday, December 30, 2009
program
pelbagai program akan dirangka untuk tahun 2010. Semua juruteknik FT17 sekolah diharapkan dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya untuk merealisasikan program-program tersebut.
wsalam
Tuesday, December 29, 2009
Kursus percuma
satu kursus berkaitan dengan ict akan diadakan di ILP Mersing pada hujung minggu ini. Kursus tersebut diadakan sepenuhnya di ILP dan kepada sesiapa yang ingin menyertai kursus ini, bolehlah menghubungi sudara Fazlie SK Sri Pantai di talian 016-7707471
wsalam
Wednesday, November 11, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Mesyuarat Pemuafakatan Juruteknik Daerah Mersing
salam
satu mesyuarat pemuafakatan juruteknik komputer akan diadakan pada ketetapan berikut :-
Hari :Khamis
Tarikh :5 November 2009
Tempat :PKG Endau
Kehadiran : En Azman (Pegawai ICT PPD Mersing)
Semua juruteknik Komputer sekolah dan PKG Daerah Mersing
Intipati mesyuarat ini adalah untuk membincangkan mengenai perlaksanaan Task force untuk daerah Mersing supaya sekolah-sekolah dalam daerah ini dapat manfaat daripadanya. selain dari itu, perbincangan mengenai kebajikan juruteknik semua turut menarik perhatian pegawai ICT kita En Azman untuk bersama-sama bermesyuarat kali ini.
di harap semua juruteknik daerah Mersing dapat hadir.
wasalam.
Monday, September 14, 2009
FTP Server FT 17 Mersing
Setelah sekian lama mendiamkan diri, pagi ini saya berkesempatan untuk menghebahkan tentang FTP server khas untuk kemudahan dan keselesaan kepada FT 17 khususnya dalam daerah Mersing ini.Setelah sekian lama berhempas pulas untuk menghidupkan Server Komnas yang bermasalah ini, akhirnya...
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Seperti yang diketahui sebelum ini, saya ada menunjukkan demo Web Server yang dibangunkan khas untuk FT daerah mersing tempoh hari sewaktu kursus di PKG Endau.Akan tetapi, setelah terdapat beberapa masalah telah berlaku akibat daripada ketidakupayaan hardware server ini sendiri, web server itu terpaksa di "disable" kan terlebih dahulu....Semoaga dimasa akan datang, masalah ini akan dapat diselesaikan.
Untuk Pengetahuan semua FT, Web Server lebih bagus berbanding FTP server kerana ia menggunakan GUI interface yang mana ia lebih "friendly User".Kepada Semua FT, anda dicadangkan menginstall "internet downloader" seperti "Internet Download Manager" terlebih dahulu sebelum menggunakan FTP server ini agar segala data yang diambil dari server ini diperoleh sepenuhnya.adalah diingatkan lagi, Ftp server ini hanya boleh diakses didalam rangkaian schoolnet sahaja dan tidak boleh diakses diluar rangkaian schoolnet contohnya:-streamyx,broadband,dll..
Link FTP server ini : ftp://10.75.139.66
Wednesday, September 9, 2009
Bicara Ramadhan Bil : 3
Friday, September 4, 2009
Bicara Ramadhan Bil : 2
Bicara Ramadhan Bil : 1
Thursday, September 3, 2009
Tazkirah Ramadhan
Adab berpuasa dan solat terawih
Oleh NAZMI AIDARUS
Sumber: http://www.utusan.com.my/
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Wednesday, September 2, 2009
Friday, August 28, 2009
Kursus Photoshop
Friday, August 21, 2009
Friday, August 14, 2009
kursus pembikinan video koporat
kesinambungan dari kursus penulisan skrip yang berlangsung pada 14-15 Ogos ini, satu kursus pembikinan video koporat akan dijalankan pada 20 - 21 Ogos 2009. Segala maklumat mengenai kursus tersebut seperti di bawah :-
TARIKH : 20 - 21 OGOS 2009
TEMPAT : PKG ENDAU
MASA : 8.00 PAGI
Diharap semua juruteknik daerah Mersing dapat hadir. sekian, terima kasih.
wasalam
Kursus penulisan skrip
akan diadakan kursus seperti di atas pada ketetapan berikut :-
TEMPAT : PKG ENDAU
TARIKH : 14 - 15 OGOS 2009
MASA : 8.00 PAGI
wasalam
Wednesday, August 5, 2009
kursus networking jtk Mersing
Satu kursus berkaitan networking akan diadakan pada minggu ini. Butir-butir yang berkaitan adalah seperti di bawah :-
KURSUS : KURSUS NETWORKING
TEMPAT : PKG ENDAU
TARIKH : 6 DAN 7 OGOS 2009
MASA : 8.00 PAGI
Diharap agar semua juruteknik dan yang terlibat dapat hadir.
wsalam
Thursday, July 30, 2009
senarai tugas FT17
1. Menyenggara peralatan ICT, aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta memeriksa dan menyenggara kelengkapan ICT yang rosak iaitu perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT
2. Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dan lain-lain bagi rangkaian SchoolNet, EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
3. Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
4. Menerima aduan kerosakan dan mengambil tindakan awal ke atas sebarang kerosakan (1st Level Support).
5. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
6. Membantu menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
7. Memastikan operasi peralatan ICT dan sistem maklumat di sekolah mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
8. Memastikan kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan projek-projek ICT di sekolah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak.
Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan seperti diarahkan dari semasa ke semasa.
selain dari itu boleh la anda merujuk kepada fail meja masing-masing.
Tuesday, July 28, 2009
Senarai Penuh JTK Mersing 2009
1. Mohd fazlie B Yahya - SK Sri Pantai
2. Wan Izha Ramzee B Wan Ismail - SMK sri Mersing
3. Muhd Sharul Affendi B Abdullah _ SK Mersing Kanan
4. Mohd Fazli B Sabdar Ali - SM Sains Sultan Iskandar
5. Marsiliani Bte Mohd Sanimin - SK Tenggaroh 6
6. Nurhazwani Bte Sabri - SK (LKTP) Nitar 2
7. Muhamad Alif B Sabri - SMK Tan Sri Abdul Kadir
8. Asri B abdul Hapaz - SK Pusat Air Tawar
9. Johan B Abdullah - SK Bandar Endau
10. Muhammad Falah B Yunus - SK Lembaga Endau
11. Muhamad Fauzi B Abdul Wahab - SK Teriang
12. Mohd Ramzi B Muhamat Nordin - SMK Ungku Husin
Nama Juruteknik Komputer FT17 Mersing ( penempatan di PKG )
1. Muhammad Isti zhafri Bin Ishak - PKG Bandar Mersing
2. Hasrina Bte Jalal - PKG Endau
Salam Muhibah dari JTK Mersing
selamat datang ke blog jtk Mersing. diharap anda semua dapat manfaat dari blog ini.
wsalam