Monday, September 14, 2009

FTP Server FT 17 Mersing

Assalamualaikum.....w.b.t..

Setelah sekian lama mendiamkan diri, pagi ini saya berkesempatan untuk menghebahkan tentang FTP server khas untuk kemudahan dan keselesaan kepada FT 17 khususnya dalam daerah Mersing ini.Setelah sekian lama berhempas pulas untuk menghidupkan Server Komnas yang bermasalah ini, akhirnya...
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Seperti yang diketahui sebelum ini, saya ada menunjukkan demo Web Server yang dibangunkan khas untuk FT daerah mersing tempoh hari sewaktu kursus di PKG Endau.Akan tetapi, setelah terdapat beberapa masalah telah berlaku akibat daripada ketidakupayaan hardware server ini sendiri, web server itu terpaksa di "disable" kan terlebih dahulu....Semoaga dimasa akan datang, masalah ini akan dapat diselesaikan.
Untuk Pengetahuan semua FT, Web Server lebih bagus berbanding FTP server kerana ia menggunakan GUI interface yang mana ia lebih "friendly User".Kepada Semua FT, anda dicadangkan menginstall "internet downloader" seperti "Internet Download Manager" terlebih dahulu sebelum menggunakan FTP server ini agar segala data yang diambil dari server ini diperoleh sepenuhnya.adalah diingatkan lagi, Ftp server ini hanya boleh diakses didalam rangkaian schoolnet sahaja dan tidak boleh diakses diluar rangkaian schoolnet contohnya:-streamyx,broadband,dll..
Link FTP server ini : ftp://10.75.139.66



2 comments: