Thursday, February 18, 2010

Ubuntu dan Anda

salam

ntri kali ini adalah bertujuan untuk membuka minda kita supaya berjinak-jinak dengan open-source. Selain daripada Linux, Ubuntu juga adalah salah satu Operating System Open-Source. Di bawah adalah sedikit pengenalan dan kegunaan Ubuntu.

startup-screen

Jika anda mempunyai sekeping CD Ubuntu, ianya bukan sahaja berguna untuk mencuba distro Linux yang popular ini, malah anda boleh menggunakannya untuk membaik pulih Windows serta menyelamatkan data.

CD pemasangan Ubuntu mempunyai fungsi Live CD, di mana anda boleh menjalankan Ubuntu terus dari CD tanpa perlu install ke dalam hard disk terlebih dahulu. Meskipun fungsi Live CD ini adalah terhad berbanding pemasangan sebenar ke dalam hard disk, namun ianya sudah cukup untuk saat-saat kecemasan di mana Windows anda tak dapat dibuka.

Apa yang anda perlu buat adalah hidupkan komputer dan masukkan CD Ubuntu. Apabila skrin Ubuntu dipaparkan, pilih “Try Ubuntu without an change to your computer”.

Antara kegunaan Live CD Ubuntu:

  • Akses semua partition termasuklah jenis FAT dan NTFS.
  • Menghubungkan komputer anda kepada komputer lain melalui network.
  • Melayari Internet.

Jadi, dengan Live CD Ubuntu ini anda boleh backup dahulu dokumen-dokumen penting anda ke dalam partition lain, atau mungkin juga ke dalam komputer lain melalui network.

Malah anda boleh menggunakannya untuk melayari Internet, membuka emel, dan berbual di IM meskipun anda tidak mempunyai hard disk sekalipun. Ubuntu menyokong banyak jenis modem, dan sekiranya anda berada dalam kawasan Wi-Fi, ia juga boleh diaktifkan.

No comments:

Post a Comment