Thursday, July 14, 2011

Borang Kaji Selidik. PENTING!

SALINAN SURAT



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
/ Salam Sejahtera


Tuan/ Puan yang dihormati,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang mengadakan kajian bagi menambahbaik skim perkhidmatan Juruteknik Komputer. Oleh yang demikian, jasa baik tuan/puan selaku Juruteknik Komputer (FT17/ FT22/ FT26)  adalah dipohon untuk menjawab satu soal selidik khas  sebelum 18  Julai  2011. Untuk makluman tuan/puan, segala jawapan/ maklumat yang diberikan adalah sulit dan dijamin tidak memberi rujukan kepada siapa anda. Sila klik pautan ini untuk memulakan soal selidikatau copy-paste link di bawah:


3. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai soal selidik ini, tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 03-88878627 atau emel:syahmi.yusop@jpa.gov.my. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan soal selidik ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



SYAHMI BIN YUSOP
b.p Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
MALAYSIA


SYAHMI YUSOP
Unit Kepimpinan Strategik
Sektor Kepimpinan Gunasama
Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88878627
Faks: 03-88810155

Tuesday, April 5, 2011

Remove MS Removal Tool (Uninstall Guide)

MS Removal Tool adalah jangkitan komputer dari satu program yang sama sebagai SystemTool. Jangkitan ini juga dikategorikan sebagai program anti-spyware seperti berpura-pura menjadi program anti-virus, tetapi sebenarnya sebuah program yang memaparkan amaran keselamatan palsu dan hasil scan untuk membuat anda berfikir komputer andadijangkiti. MS Removal Tool dipasang melalui penggunaan malware yang akan memasang program ke komputer anda tanpa pengetahuan atau izin. Ketikadipasang, fail jangkitan akandibuat di dalam folder bernama rawak di C: \ Documentsand Settings \ All Users Data \ Aplikasi\, di XP, atau C: \ Documents and Settings \ AllUsers Data \ Aplikasi \, pada Windows Vista danWindows 7. Ini kemudiannya akandikonfigurasikan untuk memulakan secara automatik apabila anda log masuk ke komputer anda.





1. Download software Malwarebytes' Anti-Malware.
2. Reboot windows dalam safe mode with networking - restart komputer dan tekan f8 sehingga keluar paparan safe mode.
3. Install program Malwarebytes yang sudah di download tadi. Kemudian update program tersebut.
4. Setelah update , launch program Malwarebytes. Untuk scan komputer pastikan memilih perform full scan. Ianya akan mengambil masa yang agak lama.
5. Sekiranya Malwarebytes mengesan spyware tersebut, pergi ke show result button. Kemudian remove spyware tersebut. Selepas itu reboot komputer anda.
6. Kemudian download http://download.bleepingcomputer.com/bats/hosts-perm.bat . Setelah download double click, paparan screen hitam akan kuar dan tutup dengan pantas.
7. Sekarang anda perlu delete file host dalam system windows anda C:\Windows\System32\Drivers\etc\HOSTS
Download file host :
windows xp :- http://download.bleepingcomputer.com/misc/host-files/windows-xp/hosts
windows 7 :- http://download.bleepingcomputer.com/misc/host-files/windows-7/hosts
windows vista :- http://download.bleepingcomputer.com/misc/host-files/windows-vista/hosts
Setelah download file host mengikut windows , paste kan ke C:\Windows\System32\Drivers\etc
8. Akhir sekali reboot komputer anda. InsyaAllah dengan sedikit usaha komputer anda akan kembali pulih.
Selamat Mencuba.